Bawah Tanah

Salam sejahtera.

Post kali ni aku nak share sket dengan korang pasal dunia bawah tanah(underground) yang aku telah lalui masa tingkatan dua sampai aku masuk menara gading(eceh..) . Korang mesti tau Punk, Skinhead, Hardcore & macam2 lagi nama yang korang tak pernah dengar. Masa tu aku tingkatan dua & mula berjinak2 main papan selaju aka skateboard. Aku dengan rakan2 aku borak pasal nak jadi skaters(gempak gile) cam Tony Hawk. Al-maklum la, usia remaja memang tersangat la curious. Tidak lama lepas tu, sorang rakan aku beli papan selaju dari skaters kt tempat aku(High Castle). Dari situ kteorang berlatih main papan selaju. Setakat ollie tu cam menarik nafas(haha..).

Bermula dari papan selaju tu, kteorang mula mengenali underground ni. Kebetulan, rakan aku ni terbaca satu zine & ada satu alamat yang sangat2 menghampiri alamat rumah aku…Rupa2nya jiran aku ni old-timer kat tempat aku dalam bidang underground ni.Dia dah pun arwah.Dia la yang naikkan scene High Castle. Dia ada band sendiri yang diberi nama Depress & menggalas tugas sebagai vokalis.Semangat untuk terlibat dalam bawah tanah ni terus berkobar2 la sebab ada backup otai.haha…Siap buat newsletter lagi aku dengan usahasama rakan se’krasty’an aku Ecal, nama newsletter aku Spike. Walaupun terpaksa mengeluarkan modal yang agak banyak untuk newsletter tu yang di bagi percuma kepada orang lain masa gig..Aku rasa puas masa tu(kunun2 la). Setakat fly dari asrama semata2 untuk pergi gig kt JB kt Dewan Dato Onn berhampiran Larkin dah banyak kali. Bukan aku nak bangga dengan semua ni okay.

Semua ni berubah selepas…Abang aku Jamsari(pelik tak nama abang aku ni?ni la abang yang paling rapat dengan aku) ikut aku pergi gig. Dia nak sangat pergi. Balik je rumah, abang aku cakap, “Apa la ko julang2 orang tu, pegang2 bontot orang tu”. Masa dalam gig, ‘underground’ners akan mosh & slam masa band mula main muzik. Band yang perform juga adalah di bawah payung indie label & bukan mainstream. Pernah sekali aku tengok sorang mamat ni siku dia terkeluar dari tempat asal dia(gila ganas masa gig ni). Start dari situ aku mula terpikir baik buruk gejala sosial yang telah aku jebak ni. Aku dah mula menjauhkan diri dari benda2 ni. Aku mula rasa benda ni propaganda barat untuk merosakkan akhlak umat Islam. Buat pengetahuan korang, 99% yang menjebakkan diri dalam benda ni adalah Melayu. Jarang sekali aku jumpa India atau Chinese. Korang Bayangkanlah, gig start pukul 11 sampai petang tanpa henti, tu pun kalo semua band abeh buat persembahan kalo tak sampai malam. Itu pun kalo start pukul 11, kalo start pukul 2.30 ke?. Mana pergi solat korang!.aku ni agama takde la kuat sangat tapi bab2 solat ni memang mak bapak aku tekankan..Solat itu tiang agama.

Tapi sedikit sebanyak, ada jugak sedikit pengajaran masa aku terjebak dalam gejala ni tapi lebih keburukan mengatasi kebaikan. Yang aku pelik, ada yang sudah kahwin pun masih bergiat aktif dalam benda ni. Dari terjebak dengan benda ni, baik aku tulis blog atau main futsal atau benda2 yang mendatangkan faedah. Macam2 pengalaman aku dapat masa terjebak dengan benda ni.Nyaris kena pow dekat Larkin. Kemuncak aku terjebak benda ni masa aku siap pergi Port Dickson semata2 kerana ada “Punk Picnic under the Sun”(aku dah ingat2 lupe ape name gig ni) selama 3 hari 2 malam. Kering duit Raya aku. Tidur atas meja picnic je dekat tepi pantai Teluk Kemang. Tapi ada peristiwa lawak di mana rakan aku dari kecik, Am jatuh tergolek dari tempat duduk meja picnic tu masa tidur. Ada gak peristiwa hitam masa punk picnic tu. Nak tau ape jadi?! Orang kawasan situ belasah salah sorang dari ‘underground’ners. Kebetulan ‘underground’ner mintak pertolongan dari band dari S’pore Minus One. Mungkin sebab gaya Minus One ni dengan rambut dieorang terpacak2 gitu, ‘underground’ner ni ingat boleh la dieorang backup tapi sangkaan die meleset. Teruk gila kena belasah. Aku sampai menggigil, cuak gila. Tak tau pulak aku sebab apa die kena belasah.

So korang yang di luar sana, sedar la gejala yang korang terjebak ni lebih mendatangkan -ve dari +ve. Apa yang korang juangkan?!..Idea?!..Idea korang akan selamatkan korang dekat padang mashyar nanti. Cara korang salah. Sedar lah wahai ‘underground’ners Malaysia. Kalau ada salah sorang dari korang terbaca artikel ni, buktikan yang korang punya gejala lebih mendatangkan kebaikan bari keburukan. Jangan bagitau yang segelintir saja yang bersikap negatif. Itu bukan yang aku cuba tekankan kat sini. Aku tau ada di kalangan korang yang kuat agama atau yang sewaktu dengannya. Aku percaya jauh di hati dia ada suara2 supaya berhenti keluar dari gejala ni cuma tidak cukup kuat.

“ Demi waktu (masa) sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” (Al-ashr :1-3)

Ingatlah..Harga minyak sudah naik, takkan gejala sosial pn nak berkadar terus dengan minyak.. Jangan menegakkan benang yang basah. Pengalaman mengajar aku erti kehidupan. Terima kasih juga kat Puan Tumirah & Tuan Raspani kerana didikan yang tidak dapat dinilai dengan wang. Lama aku tak nasihat orang camni. Harap mereka2 yang terjebak dengan gejala tidak sihat ni terbaca post aku ni segera fikir & renung2kanlah.

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon


Thank you for reading this post. You can now Leave A Comment (0) or Leave A Trackback.

Post Info

This entry was posted on Friday, June 13th, 2008 and is filed under realiti.

You can follow any responses to this entry through the Comments Feed. You can Leave A Comment, or A Trackback.



Previous Post: Perkhimatan aka Service »
Next Post: Sindarela »

Read More

Related Reading:



Leave a Reply

Note: Any comments are permitted only because the site owner is letting you post, and any comments will be removed for any reason at the absolute discretion of the site owner.