Sistem
Assalamualaikum wbt
Semalam aku jumpa..ehem2..cik ain. Si manis ni baru balik dari ex-IPTA dia dulu iaitu UPM. Aku nak story sket cara pengambilan jubah di UPM ni. Aku sudah malas nak cover-cover. Berani kerana benar. Korang yang sudah grade mesti tau camne keadaan pengambilan jubah & yang sewaktu dengannya kn?!..Bagi aku di UPM ni tiada sistem langsung. Sebab apa aku cakap tiada sistem?!
Pertama setiap kaunter cuma seorang yang jaga…Aku ulang SEORANG..untuk melayan bakal penerima skrol yang berjumlah beribu-ribu. Memang la kaunter tu buka dua tiga hari tapi agak-agak la. Bayaran konvo dah canggih(online tu bayar).
Kedua, semua orang terpaksa berasak-asak beratur panjang sebab sebelum bergerak ke kaunter kedua mesti pergi kaunter pertama dulu dalam keadaan cuaca panas ditambah dengan hati yang panas..memang bikin PANAS..Mane yang tak tahan ada yang pengsan. Pengawal keselamatan was not much of a help.
Ketiga, tidak mengambil iktibar. Tahun lepas punya proses pengambilan jubah pun sama macam ni. Keadaan sekeliling tempat pengambilan serta pendaftaran jubah pulak serabut. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman cik Ain aku. Aku jumpa-jumpa cik Ain je macam takde semangat je dia ni sebab kepenatan berasak-asak. Perempuan tu, lelaki lain la. Ada yang sudah beratur dari pukul 6.00 pagi pun belum setel semua-semua.
Kalau nak dibandingkan dengan UM, UM lagi OK. Kalau berasak-asak pun cuma masa ambil nombor giliran untuk masuk ke dalam dewan pengambilan jubah. Kaunter pun berlambak buka.Mahasiswa tiada yang merungut macam kt UPM.
Post ini bukan mahu provoke atau kutuk atau hina tapi just mengingatkan UPM ni. Benda-benda macam ni bagi orang-orang atasan nampak remeh sebab dieorang ni tidak merasai macam mane seksa pengambilan jubah ni. Kepada mahasiswa UPM yang tidak bersetuju boleh la email aku atau letak komen dibawah ni. Lepas tu kalau ada staf UPM terbaca post aku ni dan rasa post ini fitnah, sila buktikan apa yang aku tulis salah.
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
















memang betul…bayk U yang aku tgk takder sistem bile waktu pengambilan jubah ni…memang caca merba…berterabur…tu yang tunggu berjam2 tu…
tp UM ok..->still backup UM..
da namer pon member cik ain…of coz le dak upm kan??…da lm convo tp br terbc ni..actually…ader le tak puas ati skit ngan kenyataan cik azuwan ni…
1. serius ker ader dak da mule beratur dr kul 6??…mmmm…mcm pelek jerk..nanti g cek pintu masuk upm bkk kul brape
2. setiap kaunter mmg sorg jg…cb bayangkan kalo st kaunter tu 3 4 org jg..tak ke semak jer…tp..untuk st section, min 2 kaunter…diulangi…min 2 kaunter…example: section 1(alumni section) more than 10 kaunter, sec.2 (payment) 2 kaunter, section 3n4 (pengambilan jubah) 4n10 kaunters….
3. i dtg kul 330 but dlm kul 4 tu da beres….tak pressure n tension pon….
mesti ler u dak um nak angkat um…so i ni x-upm of coz nak angkat upm…sng citer…bl buat keje tu…fokus pd st…mesti cpt selesai…tak gtu??
maner tau upm tak amik iktibar??…mcm tau2 jerk…penah join upmnyer management ker…huhuhuhu..
aku cakap berdasarkan ape yang dia & kawan2 dia alami…
1. ye salah aku sebab aku bukan PAK GUARD.
2. kalo bukak MINIMUM DUA kaunter,kenape beratur panjang sampai tak nampak barisan & budak2 pengsan2.bertegang urat dengan guard pun ada.
3. maybe masa ko datang bukan pada masa yang aku maksud kn tu.
4. aku xdela nak sangat angkat martabat UM tu.yg penting amar maaruf nahi mungkar.aku cakap berdasarkan ape yang DIA alami.bukan aku sesahaja je.
5. penah mintak komen dari senior2 terdahulu pun dh cukup baek la tentang mslh ni.ko ingat management nk dengar sume2 ni?!..memang la fokus, tapi kalau dah budak2 berasak-asak nak amek jubah tengah2 panas…Lu pikir la sendiri…yang buruk datang dari aku,yang baek datang dari Allah swt.