Khusyuk Dalam Solat

Assalamualaikum wbt.

Pada hari yang mulia ini..hehe..Aku kongsi dengan bloggers yang menganut agama Islam sesuatu. Korang khusyuk dalam solat x?!..mesti korang terfikir, khusyuk tu macam mane ek?!.. Lebih kurang macam menghayati solat tu la. Kan kita sedang menghadap Allah swt. Dalam masa 24 jam kte WAJIB menghadap Allah swt 5 kali tidak termasuk solat sunat. Adakah korang memiliki kekhusyukkan dalam solat?!..

Aku pun akui kadang-kadang aku pun tidak khusyuk dalam solat ni. Ingin tahu cara termudah untuk menghayati solat anda?!..Ehh..Aku bukan jual ebook pasal mende ni okay. Bab-bab Islam ni aku bagi free of charge je. hee..

Pada pandangan aku untuk khusyuk dalam solat, salah satu nye kite perlu mengetahui maksud setiap bacaan yang kite baca dalam solat tu. Doa iftitah, Al-Fatihah & sebagai nya. So aku sudah translate untuk korang baca.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujiNya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
(makmum menjawab : Tuhanku segala pujian bagiNya)

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

6 comments:

  1. hashim habeed, 4. November 2008, 1:58

    Saya bersetuju dengan azuwan kalau kita dapat memahami setiap bacaan kita maka kita akan lebih khusyuk dalam sembahyang berbanding bacaan tanpa mengetahui maksud seperti diawangan awangan

     
  2. azuwan, 4. November 2008, 9:07

    mula2 dulu aku phm al-fatihah je..tp lom mencukupi sbb aku ni mudah berada di awang-awangan..haha..

     
  3. flashDesigner, 5. November 2008, 19:53

    Bagus la.. Aku nak salin dan simpan kat dalam koleksi doa2 aku la.. Thanks yerr..!! semoga ko dapat berkat yang berlimpaah ganda..

     
  4. hashim habeed, 6. November 2008, 23:08

    Selain dari khusyuk dalam sembahyang tu khusyuk la masa bawak moto baru nanti susah ooo

     
  5. azuwan, 7. November 2008, 9:34

    betol2..khusyuk ketika menunggang atau memandu..hee..ingat orang yg tersayang

     
  6. flashDesigner, 10. November 2008, 21:14

    Haritu ada kuar paper pasal solat banyak kebaikan dari segi jasmani dan emosi.. Sebelum tu pon dah banyak kajian dibuat.. Paling membanggakan bukan orang Islam je yang syok sendiri tapi yang buat kajian tu termasuk orang bukan Islam.. mereka mula yakin dengan agama Islam.. Islam bukanlah sekadar agama semata-mata.. Allahuakbar !!

     

Write a comment:

FireStats icon Powered by FireStats