Sakaratul Maut
Pernah dengar cerita/sajak sakaratul maut…ala yang ade bunyi2 petir tu…
Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit
(salah satu perenggan dalam cerita/sajak tu)..mahu lagi..pergi sini. korang tau bezakan kubur lelaki atau perempuan?gambar di bawah ni kubur lelaki atau perempuan?!

Kehilangan orang tersayang…petang ni 10 November 2009, tepat 365 hari sejak abah aku menghembuskan nafas terakhir di hospital Kota Tinggi di pangkuan mak aku & pada masa yang sama tidak sampai 24jam aku berada di Bandar Baru Nilai.
Aku nak cerita sikit pengalaman pasal kematian..cerita ni aku olah sikit dari mak aku.harap korang akan jadikan ini sebagai panduan sebab kita akan hadapi kematian ni. Bismillah.
Abah aku menghembuskan nafas terakhir pada lewat petang 10 November 2008. Sungguh dekat dgn birthday cikgu Ain. Mase tu aku baru je keje kt tempat baru. Balik kerja abang aku yang sulong called cakap abah masuk hospital dari pagi. Aku rase cm….awat tak bagitau awal2?!..Dh petang baru bagitau. Tapi punya la arwah abah aku tak nak nyusahkan anak die..malam sebelum abah aku pergi abang aku Encik Jamsari tidur kt rumah Felda. Pagi tu abang aku tanya kt abah aku OK x,kalo cm tak OK abang aku nk anto g hospital.
Abah aku cakap OK. Pas abang aku balik Abah aku called jiran aku mintak tolong hantar g hospital Bandar Mas. Yang aku sedih, g naik moto tu…mmg tak jauh dalam 15minit tapi..heh..pastu hospital Bandar Mas rujuk kt hospital Kota Tinggi..so kne naik ambulan.Mak aku dapat je panggilan dari hospital terus siap2 teman abah aku g hospital Kota. Abang aku yang kedua askar pangkat Kapten kot..rasenye la..hehe..tp die kira cam tinggi gak la pangkat.. Sebab abang aku ni berkhidmat untuk KERAjaan so mak abah aku ni sepatutnye dapat kelebihan sikit lebih2 lagi abah aku yg dh tak berapa nk sehat ni.
Punya la gampang hospital ni, abah aku dibiarkan menunggu selama beberapa jam sebelum dimasukkan wad..abah aku sepatutnya dapat wad kelas pertama sebab abang aku seorang askar & pangkat bukan cikai2..tapi layanan abah aku dapat lowest class!!…tapi yang peliknya bila mak aku nak marah kat nurse yang siap borak2 tu abah akuĀ tak bagi..2 3 jam jugak abah aku menunggu..xkn abang aku nak datang ngan seragam askar kot baru on the spot masuk wad 1st class..pastu dah masuk wad pulak pun abah aku dibiarkan lagi.pastu baru bagi abah aku alat bantuan pernafasan.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. . Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Biasanya kanak-kanak kecil lebih aware pasal kematian ni. Contoh anak buah aku yang super kepoh,Najla.masa Najla balik Felda…masuk-masuk je die nampak je abah aku dia cakap “kenapa atuk nampak sakit?”..padahal masa tu kiteorang rase macam abah OK je.tapi Najla ni memang kepoh beb…kalo tak caye meh datang rumah akak aku kt Scientex.hehe..masa ni xsilap aku lepas raya kejadian ni.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.masa ni lebih kurang time raya.abah aku tak beraya mane2 sebab tak berapa nak sehat…
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.Mak aku ade cerita pasal tanda tujuh hari ni berlaku kat abah aku.memang selera la abah aku masa ni.Mee bandung sume die makan. orang sakit jantung ni makan kena jaga.lepas dah makan tu sume..malamnya memang tak boleh tidur la abah aku.so mak aku la urut-urut belakang abah aku kasi keluar angin.sepanjang tujuh hari ni abah aku setiap hari telefon aku tanya pasal gelombang X aku.kerja OK tak.jangan jadi Mat Rempit sebab kan baru beli motor baru..hehe..aku pn bangang jugak macam tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. waktu ni abah aku sudah kerap pergi tandas buang air.orang yang mengalami sakit jantung ni memang mudah penat.one thing that i mostly regret adalah masa aku grad.dah la parking jauh.yg dapat parking dekat-dekat..tu yang sehat2 belaka.tiga empat kali abah aku berenti amek nafas..kalau la aku tau awal2..hmmm..cume abah aku yang jenis tak suka nyusahkan anak2…
TANDA 1 HARI & TANDA AKHIR
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.masa ni aku 1st day keje vendor kt USIM.petang tu abang aku called cakap abah masuk hospital..mase tu aku dah rasa super tak sedap hati.masa dah nak maghrib tu abang aku sulong called cakap abah dah tak ade..then pastu kak mimah pulak called…”Wan abah dah tak ade…..(sambil nangis)”..terus abang ai(suami mimah) amek hp dr mimah.cakap abah dah tak ada.aku cakap aku tahu,abang ham dah beritahu.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Masa ni abah aku tiba-tiba cakap..Allahuakbar banyak-banyak kali..alat bantuan pernafasan tu die cabut..mak aku mase ni tengah baca yasin.mak aku terus g cari nurse suruh panggil doktor.mak aku terus pangku abah aku & mengucap syahadah…tak pasti doktor sempat sampai atau tidak mase ni..
perkara yang paling susah adalah untuk tidak menangis semasa memandikan jenazah abah aku…banyak dugaan berlaku selepas hampir setahun abah tiada especially mak aku.tabah mak aku ni…hidup sebagai seorang balu..abah menghembuskan nafas terakhir kat pangkuan mak aku..satu lagi aku nak ingatkan kepada korang.jangan biarkan mak bapak korang jumpa doktor sendirian.mesti ada anak teman.ada faham ka?!please take note OK.tak kira la demam ke..pening kepala ke..pening2 lalat ke..eh ni cam nak dapat adik baru la pulak..hehe..abah aku mula-mula jalani rawatan kat hospital pakar puteri.selepas 2 3 kali jumpa still abah aku tiada perubahan.thats makes us wonder la why..syukur Allah swt nak tunjuk..masa jumpa tu,abah aku ditemani akak aku xsilap aku.then ntah camne,ade nurse kt situ cakap..ini kena jumpa doktor yap(pakar sakit jantung)…terus doktor pakar yang bukan jantung berubah muka…korang rase nurse yang cakap tu kena pecat x?!..patut la member aku yang nurse swasta cakap dia sedih sebab ade di kalangan doktor pakar ni mementingkan keuntungan bukan niat nak tolong orang saket…kenapa abah aku dirujuk kepada doktor yang bukan pakar sakit jantung?!…pelik..doktor pakar yang abah aku jumpa adalah pakar saraf ya’all…sungguh cilake bukan..sabar2..
lepas dah tahu kiteorang seolah-olah ditipu oleh PAKAR PENIPU, kemas-kemas fail hantar abah aku ke Hospital Sultanah Aminah.free sebab abang aku ade sorang yang askar..baru nak kasi yang terbaik untuk abah aku tapi yang terbaik tu la yang memang tempat terbaik untuk ditipu.alhamdulillah ada perubahan..abah aku sudah mula boleh tidur lena…but not for long…Allah swt lagi sayang abah aku.aku bukan nak burukan doktor pakar,its just that nila setitik rosak susu sebelanga…PAKAR konon….sejak dari situ kalau orang cakap PAKAR PUTERI je,aku hilang respect kt dieorang ni kecuali nurse yang beritahu tu.hehe…
cakap pasal kubur pulak…kita tak boleh renovate kubur tu sampai jadi macam jirat cina..cukup sekadar ada batu nisan & batu yang kepung kawasan kubur.kan nanti kiamat yang dalam kubur akan dibangkitkan,tuan punya kubur tu susah la nak keluar…
so ini je la sedikit sebanyak pengalaman pasal kematian.tiga hari selepas ni tarikh lahir cikgu ain..nak sambut ke x?!save sikit kalo tak sambut=p haha..xdela..sepanjang aku “bersama” cikgu ain dua tiga kali je dapat celebrate same2..yang lain sambut dalam talian..hehe..
Sempena dengan post ni..aku nak ucapkan happy coming birthday cikgu ain=) hadiah akan diberi pada 11/12/2009;)
















takziah…btw…doc yg kat Puteri tu Dr Hasnahbi ke??? doc pompuan… coz tak silap dia je sorang pakar saraf kt jb ni….and dia adelah SANGAT garang.
lbeh kurang la name die tu…peduli hape aku garang atau tidak…PAKAR suppose to know..why did they sent to pakar saraf although abah aku sakit jantung?
well..redha je la..nak naek hangin pn xde gne.tu rugi anak-anak raspani xde yg jadi doktor..huhu..
harap2 aku nnt mati dalam iman yang penuh.. Amin,InsyaAllah.
ko lelaki soul, jgn lupe jaga mak ko elok2 tau
org tua mmg slalu sorok pasal penyakit
tu yg nampak x sihat skit je, trus aku paksa parents aku pegi klinik/hospital
fajridil, mudah-mudahan…
dila,sbb tu la aku terus redah je keje pasir gudang ni wpn aku sedar career aku tak berkembang kt cni…semoga ada hikmah di sebalik kejadian.amin.
Weh, aku nangis siot baca entry kau ni… Aku teringat atuk aku dulu, meninggal kat PPUM. Memang 7 hari sebelum, dia balik kampung aku kat Niah, makan benda2 yang dia pantangkan e.g. daging, makanan2 berlemak… Huhu. Aku smp skarang takleh melintas PPUM, mesti menangis.
Kalau ayah aku takde….camane la nanti. Tak leh bayangkan perasaan kau plak nih.
jgn nangis dowh..nnt aku ikut nangis..huhu…(padahal tulis entri ni pn dh berkaca mata)
watch out ye kawan2.jgn dh takde baru nak regret.jgn asek keje je…hehe…
soul………..
aku paham perasaan kau
arwah nenek aku berbulan derita cancer.
aku suap dia air guna picagari,
nangis aku…………………………….
lepas tu kena balik UM,
exam
hu
kematian…susah untuk dijangka.
ps:tgh prepare untuk sambut besday cikgu ain.
friday kan?
soul.
aku rasa aku tak dapat g wed kau.
aku minta maaf sgt
aku nangis kuat gile masa arwah atuk eku meninggal pastu mak aku tampar mulut aku sebab nanges kuat cam tamil. tak elok, aku tau. tp sedih gile sebab dia banyak bekap family aku kalo sedara mara hina.
sedih, ok.
aku tak sanggup kalo parents aku yg pegi dulu.
siyes
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNYA… saya meminta semua pembaca jadilah anak anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka yang telah pergi.
wau wa,xdpt dtg xpe…kawe pahe..haha.yg pntg hadiah smp;p
fara, patot pn mak ko tampo mulut ko..haha..sanggup atau tak…kena sanggup gak.
hashim, betol3..kena selalu berdoa.
salam… aku nk tambah sikit… abah aku ni mmg baik sangat ngan jiran aku yg antar dia p klinik tu… mmg rutin arwah kena p check that day b4 abah died. aku tido kat umah mlm tu pun mmg tak leh nk tido… offer abah pi klinik naik keter aku tp dia berkeras nk pi naik moto ngan jiran aku tu… sedey gak aku… tp yg aku tak leh tahan maser petang b4 abah tak de tu… dia beritau aku dia rasa nk mati masa kat klinik tu… aku cuba sangka baik… but mlm tu pas magrib mak tepon abah da tak de….mcm ape ntah aku naik moto p spital… dpt la aku menghentikan seksaan abah berhadapan doktor yg baru grade… kalo sakit jantung yg da kronik… yg da mkn berbelas jenis ubat ko org kena stand by la… abah aku ninggal genap 2 minggu lepas separuh ubat yg biasa dia mkn tu di kurangkan oleh pakar dr HSA… tak bleh nk salahkan doktor HSA gak sbb kidney abah da terkesan oleh ubat yg da 18 bulan dia mkn lepas pindah rawatan dari pakar puteri… so sbb tu jantung buah pinggang n darah tinggi tiga serangkai biasa menyerang.
tapi aku puas sebab… pertama, aku pegang abah dan membisik kan kalimah tauhid di telinga nya di saat hembusan nafasnya yg terakhir walaupun terpaksa ditengking dan dihalau oleh doktor yg baru grade tu… sebab aku tahu bila CPR yg doktor br grade tu buat tak da tak berkesan aku terus kata plz doc let me handle it , then br doktor tu sedar aku anak pesakit… yg kedua aku tak buleh lupa… ketika aku adik beradik lelaki… abg ham, abg din aku n wan memandikan jasad abah… aku perasan abah SENYUM… thing that i wud never forget… n lastly aku wonder gak naper aku tetiba demam tis week… rerupa nya its been a year since he passed away
al-fatihah…
salam bro azuwan…sorry kalu salah nama…. saya anak dr.hasnahbi(pakar sarak di puteri specialist hospital) yg kebetulan a medical student as well.. takziah diucapkan to your late father… i’m really sorry tapi saya terpaksa pertahankan nama mak saya because bukan setakat unsur bias but i know my mum really well and dia bukan apa yg u maksudkan…. sebenarnya ada kemungkinan penyebab lain kepada sakit arwah ayah you.. so probably something neurological(saraf) rather than cardiac(jantung)…. after all, doktor yap and my mum kedua2nya pakar perubatan(physician) and kes jantung ni masih boleh dikendalikan oleh pakar saraf.. Percayalah, ini tiada kaitan dgn keuntungan… my mum did her best and sometimes benda2 camni adalah di luar jangkaan kita.. Ada juga masa2 tertentu where certain specialists refer case diorg to my mum because my mum seems to be more experienced dlm handling case2 sebegitu…. mintak maaf banyak2 bro atas pemergian ayah sedara tapi jgnlah burukkan nama mak saya tanpa bukti yg kukuh…..
sory kalo tersilap kata..aku bkn salahkan or burukkan mak ko or sape2.the thing is after seeing PAKAR.suppose that abah aku should be better.tapi tidak..mmg aku xde knowledge psl perubatan ni.”probably” term tak sepatutnye use in this case…
aku bkn nak tuding jari kat sesiapa..just nak tau wats happening UP there when we are DOWN here.
its the matter of life and death…masa dh hantar HSA baru ok sket sbb ubat yg dieorg bagi memberi kesan although ia memberi kesan kepada buah pinggang.
aku nak mintak maaf kalo ayat2 aku ade terburuk or salahkan yg berkenaan..thanks for the explaination.
Selamat Hari Raya Haji..
I know… for normal human being, kita akan harapkan yg terbaik untuk keluarga kita… tapi ajal di tangan Tuhan… i use the word probably sebab i xde kat situ when it happened so it is not accurate utk ckp benda tu blaku cam tu… tapi jgn terasa ya… orang awam mmg banyak lagi yg jahil berkenaan sistem referral di hospital.. kebiasannya nak refer to which pakar depend on symptom pesakit… in reality(talking about puteri specialist hospital), case mcm gastric ulcer bleh refer kat pakar buah pinggang sebab prosedur scope perut pun diorg boleh buat… case jantung pun bleh refer pakar saraf… kerana mereka semua pakar perubatan(physician)… so ni bukan citer samada diorg nak tipu ke x…. kalu kat private hosp pun, pilihan doktor bleh dibuat oleh patient atau keluarga patient sendiri… so x bleh nak salahkan doktor bulat2. berkenaan dgn direfer ke HSA, mmg itu adalah kebiasaan n my mum always buat camtu sebab kalau nak teruskan treatment kat puteri specialist, kos sgt mahal and agak membebankan family members disebabkan kos ubat-ubatan yg digunakan but bila direfer ke HSA, treatmant plan akan berdasarkan pakar di puteri and ubat yg digunakan adalah drp HSA(which is equally good)……sedara kena berhati2 dgn nurse yg bersyarah x betempat tu… diorg ni most of the time are not aware of things going around in the hospital( which is not surprising)… anyway, on behalf of my mum and my family, takziah saya ucapkan kepada sedara dan keluarga sedara…
okay.aku puas hati dengan penjelasan ko.
no hard feeling ok.