Archive for the 'bolasepak' Category

Akhirnya..sudah sekian lama..

Pagi ni aku dapat emel yang sangat menggembirakan aku.

friendly

Dah lama tak main bolasepak padang secara kompetitif. Walaupun perlawanan persahabatan tapi at least but bola aku Mizuno aku takde la bersawang.

baru

Dahulu Read more »

But Bola Adidas & Nike Baru Aku

Di sebab kan aku teramat bosan..aku cume merealitikan impian aku pasal bola..aku sudah ada gambar dua pasang but Nike & Adidas..Baru siap tadi..Jangan terkejut pulak dengan ke’smart’an but bola baru aku ni..Buat Jebeng & Star..ni adalah untuk menjeleskan korang!!!!!….

Ni yang Nike Total90..siap ade name tu!!..jangan mare..but ni aku pakai petang2 mase training ngan Torres kt padang USIM.

Indah Sungguh

Indah Sungguh

Ni lak but Predator Power Swerve..yang ni siap ada bendera Malaysia..ada ape pada bendera?!..Lu pikir la sendiri. ni aku guna mase training ngan Gerrard kt padang botak Air Tawar 5.

Mantop!!!!..

Mantop!!!!..

Lepas gak gian aku ngidam but2 bola ni..Untuk mereka yang tak mampu cm aku ni boleh la g website ni untuk customize but Adidas & Nike idaman korang.

Dari Nilai ke Masjid Tanah ke Kajang ke Super Sunday

Salam..Hujung minggu lepas aku follow budak rumah aku pergi rumah member dieorang kawin dekat Masjid Tanah. Masa aku zaman sekolah asal sebut Masjid Tanah mesti aku ingat underground scene. Aku bab makan free kat keje kawen ni memang favorite.Member budak rumah aku ni anak Datuk tu. ADUN pun datang. Bini die ahli kumpulan Akasia yang masuk mentor..emm.aku pun xkenal..huahua..

Perjalanan ni memang menduga aku walaupun bukan aku yang drive tapi Roy(macam Gila-gila Remaja gitu, baru tgk mlm tadi). Macam pelesit Roy bawa kete ni. Yang Is tercuit2 peha aku…haha..aku paham perasaan Is yang jeles sebab walaupun dah ada kereta tapi kalau bawa mesti sekali dua termati enjin. Yang best kerja kawen member budak rumah aku ni adalah ada pertunjukan silat gayong. Budak-budak je pun semua tu. Aku rasa darjah satu pun ada. Kalau ajak sparing memang ade chance aku kalah..

Lepas je makan terus g Kajang, Roy nak g amek MC. Tengah-tengah bosan…sekali muncul Kenari pink dalam ade aweks. Aku yang perasan..Ape lagi, si Edy paling beriya nk usha. Ade respons tu. flat BGF 4*****..eh terbanyak * lak..aku pun lupe nombor flat die. At least hilang bosan perjalanan tu..hehe..biase la..single but unavailable..kang dah kahwin dh tak boleh kaco anak dara orang. Tapi terpakse melupakan aweks kenari tu sebab kteorang kena stop kt hentian Seremban sebab nak isi minyak & solat.

Sekali jam la pulak antara Nilai Bangi. Accident rupanye..siap masuk suratkhabar tu. Ish3 tapi still ia tidak dapat menginsafkan Roy..Dia tetap cilok sane cilok sini. Lepas amek MC singgah beli satay Kajang. Sampai rumah Pokmat pulak mintak tolong gunting rambut wpn aku xreti tapi aku cuba sedaya upaya.Aku trim ke belah tepi. Ade la tokak sikit…SOrry Pokmat.hehe..Akhirnya Super Sunday pun bermula. Chelsea langsung tidak nampak taring kat Anfield. Aku terjerit-jerit sorang-sorang pagi-pagi buta. Akhirnya berbaloi aku tido lewat. Aurelio membuat hantaran lintang di mana Torres berjaya mencilok sikit depan Alex sebelum menanduk deras hantaran lintang tu. Masa kecederaan menyaksikan Ashley Cole tersilap langkah & membuka ruang untuk Zionis(Yossi Benayoun) sebelum Torres menamatkan gerakan itu dengan rembatan mudah menewaskan Cech. Amacam?!..boleh ganti Hasbullah Awang x?!..haha..maybe perkataan rembatan kena tukar jadi tembakan baru sebiji macam Hasbullah Awang.

Sampai sini saja celoteh aku….Kerja3x!!!..

Amar Maaruf Nahi Mungkar.

Liga Juara-Juara Eropah

Assamualaikum wbt. Berbaloi Star kejut aku tgk perlawanan Liverpool vs Marseille yang berkesudahan Liverpool 2-1 Marseille. Gerrard menjaringkan dua gol. Walaupun di akhir permainan Marseille hampir menyamakan kedudukan tetapi kebotakan Reina berjaya menyelamatkan keadaan. Habis je perlawanan terus bersahur biskut dan oat.

gerrard_vs_marseille.jpg

Read more »

Soccer Kids 1-0 Vissel Kobe

Salam.Korang sudah tengok aksi cilik Soccer Kids menentang Vissel Kobe dari Jepun?! Aku nasihatkan baik korang tengok sebab memang berbaloi. Kalo nak tengok aksi budak2 cilik ni scroll lagi bawah. Kalo di jaga betul dieorang ni tidak mustahil bolasepak Malaysia kembali mengaum bak Harimau Malaya seperti zaman Super Mokh dulu. Dribbling & control ball budak2 bawah 12 tahun ni memang bagus. Perlawanan ni berlangsung di Stadium MPPJ. Robert Albert pun ada kat situ melihat perlawanan tu tp KJ aka Timbalan Presiden FAM langsung takde kelibat. Sibuk dengan aktiviti politik b******t dia la tu.WATTA F!!..

soccer-kids.jpg

Apa2 hal pun tahniah buat jurulatih Soccer Kids yang berjaya mendidik budak2 kecik tu bermain bolasepak dengan baik. Harap2 bila dah besar nanti budak2 tu tidak mengikuti jejak langkah pemain2 senior dieorang. Sebenarnya aku baru balik dari temuduga EON Bank. Agak cemerlang aku rasa performance aku masa temuduga tu. Harap2 aku dapat kerja kat situ. Malas nak temuduga banyak2 kali. hehe..Balik je dari temuduga terus aku buka Jobstreet, nak periksa permohonan aku & kerja2 yang baru diiklankan. Aku ada mohon iSetan dekat KLCC, permohonan aku diletak sebagai Under Consideration. ALhamdulillah.

ni link untuk korang menatap kemantapan budak2 Soccer Kids

Part 1

Part 2

Part 3 

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

FireStats icon Powered by FireStats