Popular posts
- Mat Rempit Sengal
- Majlis Fatwa haramkan perlakuan ‘pengkid’
- Rogol
- Ahmad Nabil Raja Lawak 2 : Week 2
- Insurans Kenderaan Naik 50% 31hb Oktober 2008
- Hari...ini...penat..sekali...
- Siap Sedia
- HUKUM MEMPERCAYAI SURAT BERANTAI
- Khusyuk Dalam Solat
- ASB Loan
Tetamu Terhormat
Categories
Archives
Assalamualaikum wbt.
Adalah dimaklumkan bahawa Abah aku Raspani bin Dar telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 2008 yang lalu. Sila sedekahkan Al-Fatihah, semoga Abah aku ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin..
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
Assalamualaikum wbt
Aku sekarang memang sudah naik menyampah dengan rancangan dalam TV ni yang penuh dengan hiburan. Seingat aku masa aku kecik2 dulu takde la banyak camni. Dulu National Geografi pun ada tayang. Yang paling terbaru rancangan realiti Gadis Melayu dekat TV9. Aduyai…
Sekarang ni manusia sudah terlebih hiburan. Kan bagus kalau rancangan TV dimuatkan dengan rancangan yang membina minda. Kalau Astro tu jangan cakap la Akademi itu la..ini la..Aku paling tak suke rancangan Tom Tom Bak. Itu bukan cara terbaik mengajar kanak-kanak berani bercakap di hadapan orang ramai. Terkinja-kinja. Adab pun jangan lupa di ajar brader. Empunya stesen televisyen nampak keadaan di Malaysia yang dahagakan hiburan jadi dieorang ambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan.
Kadang-kadang kite pun tahu mana stesen televisyen yang menyebelahi parti-parti politik berdasarkan berita yang mereka siarkan. Okay aku mahu tukar topik.. Baru-baru ni website aku kena DEFACE. Malaun mane ntah yang cuba memperkotak-katikkan website aku yang tidak seberapa ni.ish3…COBAAN…
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
Assalamualaikum wbt.
Setelah tiga bulan memerah tenaga bekerja akhirnya aku berjaya melakukannya…RESIGN!!…bodoh kah aku mengambil keputusan ini?!..Adakah keputusan yang bijak?!..Adakah aku akan dapat kerja lagi?!..Memang agak besar risiko yang aku ambil ni tapi what’s done is done. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja tapi aku senang-senang resign.
Sebenarnya sejak sebelum raya aku sudah fikirkan benda ni. Raya aku dipenuhi dengan memikirkan masa depan aku berbanding kekoyakan poket aku..Huh?!..tak paham poket koyak?!..Lu fikir la sendiri..Selepas resign pada 9hb lepas aku dihimpit oleh macam-macam perasaan. Takut tidak dapat kerja dalam masa terdekat ni.Hati aku seolah-olah menyarankan aku resign.
Rupa-rupanya gerak hati aku betul. Aku baru lepas chat dengan rakan sekerja sebelah meja aku, Nitha(memang nama sebenar). Salah satu sebab aku berhenti dari situ adalah sebab ada pemegang fahaman RACIST dalam company aku tu.Mula-mula aku ingat tu just hanya perasaan aku je tapi lepas aku chat dengan Nitha segala kekusutan terlerai. Aku malas nak jelaskan secara detail tapi aku nak jelaskan jugak. Dia perasan ape yang aku perasan selama tiga bulan kerja di mana aku anggap hanya mainan perasaan aku.Nitha pun agak tertekan tapi dia boleh handle lagi & kalau tak boleh belah..Dia resign jugak. Aku masuk company ni bersama dua yang lain Nitha & X. Mula-mula okay semua berjalan lancar sehingga lah bulan kedua. Kebetulan meja aku & Nitha sebelah2. So aku agak rapat dengan dia sebab dia je la tempat borak masa aku kerja ni. Cik Ain jangan salah sangka pulak..Me Love You Always..ehh..terjiwang karat pulak..Aku perasan yang BOS lebih mesra dengan X. Kalau dengan aku, BOS buat muka. Then aku baru tahu X sudah terlebih dahulu confirm dulu dari aku & Nitha.
Apa yang aku meluat dengan X ni dia berlagak tahu..Pernah sekali aku bertekak dengan dia pasal nombor hexadesimal & desimal. Ikuti perbualan di bawah.
Aku: ni nombor hexadesimal ni sebab dia bermula dengan 0x ni.
X: eh xda lah, nombor desimal la tu.
Aku: (dalam hati…budak ni)Okay aku google..
X: Yela, 0×0087 ni desimal.
Aku: (sambil membaca result google search)..It is customary to prefix hexadecimal numbers with 0x
X: Eh..aah la..
H E L L O..Itu benda basic Encik Yamani ajar aku la X. Aku bukan nak kutuk apa, kita sepatutnya jujur. Biar bodoh tapi jujur. Kalau naj banding kerja aku dengan X, aku sepatutnya confirm dulu la BOS. Kerja ape aku buat?!..Ke hulur ke hilir..Pergi tempat client pastu kena bamboo pun ada. BOS & X ni satu bangsa..tidak hairan lah. Sampaikan BOS sanggup beli magazine IT untuk X hanya untuk X baca majalah tu.
Ni sumber-sumber selepas aku chat dengan Nitha. Yang pantau aku & Nitha bukan BOS tapi J & L. J & L ni bukan berpegang pada fahaman RACIST. Tahniah J & L. Ini sahaja luahan hati aku..huahua..
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
Salam…Sudah dua tiga hari aku diganggu oleh staff tempat aku kerja dengan masalah Worm, TrojaN & spyWaRE dan…Dieorang ni bukan ape, cuma tidak cermat menggunakan LapTop/Komputer dieorang. Aku memang cukup tension dengan ketidak-cermat-an dieorang ni. Masalah nya menatang2 tu dah masuk registry & ubah fail-fail penting dalam XP tu. Removal tools memang ada tapi yang pirate la…Hidup free-source..
Aku bukan sahaja rasa ingin format LapTop/Komputer tu malah dengan si pemakai pun aku nak format kan sekali bagi clean & clear. Nampak emel bukan2 dieorang bukan nak delete tapi semakin teruja ingin buka. Kalo sorang kena, pasti semua ikut kena sebab dieorang ni tidak mengambil langkah preventive. Setiap kali ini berlaku aku lah jejaka pilihan amoi2(ramai chinese la) tempat kerja aku mencari aku yang tidak seberapa hensem ni. Sekian..
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Salam..aku nak buat tribute sikit ke atas ke semua lecturer aku di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat Universiti Malaya. Tidak sempat nak ucap terima kasih kepada dieorang semua so aku ambil keputusan untuk buat tribute untuk dieorang. Selepas ini aku nk buat tribute buat cikgu-cikgu aku masa sekolah dulu.
Nor Badrul Anuar Juma’at:- Pensyarah ni ramai cakap orang dia ni garang. Tapi okay walaupun aku pernah kena halau kelas dia sebab tidak buat tutorial.haha..ingat tak budak2 batch xxx04xxxx?!..Tapi ramai student tidak suka dia ni.haha.
Por Lip Yee:- Yang ini kiteorang panggil dia LYPor. Paham kn?!..Pensyarah yang suka bagi markah, baik hati & selalu senyum.
Ang Tan Fong:- Pensyarah ni lebih kurang LYPor sebab always senyum & tidak pernah aku nampak dia marah2.
Mohd Yamani Idna Idris:- Aku tak pernah jumpa lecturer macam dia ni..SUMPAH!!..Pernah belanja aku, Meri, Jahar & Alip masa ITEX2008 di KLCC. Walaupun aku pernah dapat F masa ambil subjek dengan dia tapi F tu lah yang menyedarkan aku supaya selalu berusaha walau susah macamane pun subjek tu. Mesra student.
Rosli Salleh:- Pensyarah ni cool, tidak begitu tegas & baik. Sentiasa sedia membantu student dia.
Zaidi Razak:- Pensyarah ni mula-mula agak susah nak senyum.haha..suka jeling student…
Emran Bin Mohd Tamil:- Sekepala dengan Encik Yamani tapi aku lebih suka Encik Yamani dari dia..haha..
Phang Keat Keong:- Aku memang tidak akan lupa jasa dia ni. Membuka mata aku dengan seluas-luasnya tentang C++(datastruct). Gaya pengajaran dia membuatkan aku paham konsep datastruct.
Fazidah Othman:- Seorang yang terbuka(jangan pikir lain pulak) Sentiasa menerima pendapat student dia. Merupakan supervisor untuk final year project aku.
Liew Chee Sun:- Dia mengajar memang laju gile. Penerangan dia memang mantap cume tu lah…laju macam keretapi. Perkataan yang selalu keluar dalam kelas dia…next week QUIZ!!!..
Ling Teck Chaw:-Pensyarah network otai yang paling aku respect walaupun pernah kena halau dari lab network sebab aku tidak bawa cable network. Memang membentuk aku menjadi network engineer tegar. Garang jangan cakap la, tapi segala yang dia ajar teramat la berguna masa kerja. Rugi kalau tak ambil subjek Network Design & Network Management dengan dia.
Infiniti Terima Kasih terhadap dieorang ni. Aku nk letak gambar tapi tak jumpa pulak gambar dieorang ni. Nanti aku update post ni.
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Salam..hari buat sekian lama aku dapat jumpa dengan buah hati aku sorang ni.. tapi sebelum tu aku jumpa dengan rakan sekampung aku, didon. bukan Dido tau. Dia cakap dia macam dah tak kenal aku sebab aku nampak sangat la kurus. Baru aku sedar akan kekurusan aku ni. Mana tidaknya, rutin aku selama hampir dua bulan bekerja adalah…pagi minum oat+milo, lepas tu tengah hari makan nasi lemak dan balik kerja terus beli nasi kukus atau nasi putih+lauk(sikit je). Patut aku jogging rasa macam nak pitam.
Semenjak kerja ni nafsu makan aku macam malas aku nak layan. huhu..maybe aku nak save duit kot. Ntah.. Moto kesayangan aku WCR3991 sudah mahu menopause. Nyaris tidak sampai kerja aku dibuatnya, nasib aku bagi viagra sikit..
Tapi apa kena mengena dengan saving aku dengan Saving Private Ryan?!.. ntah la..aku suka tengok cerita ni sebab perang dia memang real. Cukup la sampai sini. Beta mahu beradu.
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Salam..
Hari ini adalah hari graduasi aku…Ape aku dapat?!..skrol yang tiada isi.haha..pulang jubah baru dapat isi skrol.
Hari yang bahagia?!..owh..tidak..korang ingat nak grade senang. Itu lah ini lah. Nak pakai jubah tu dah satu hal..pin situ, pin sini. Last2 barai gak selendang tu..haha..Bergambar jangan cakap la. Yang tak boleh blah, siap ade pecah kelapa kat depan DTC tu. Korang mesti tau sape kn…kui3.
Dari kiri…Alip, tiger, Jebeng, AKU, Coki, Joe, Faqa.
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
FireStats
- Pages displayed : 2005
- Unique visitors : 1083
- Pages displayed in last 24 hours : 56
- Unique visitors in last 24 hours : 31
Komentar Terbanyak
- Hashim Habeed (16)
- starline (7)
- titan (7)
- emme (7)
- zairi (7)
- Din Beramboi (4)
- flashDesigner (4)
- kema (3)
- ikhsansiro (2)
- apan (2)
Komentar
BloggerMalaysia
Blogroll
Wordpress theme by Wordpress Themes & made free by Internet Marketing Center
Mohd Azuwan Alwrong Reserved





