Pensel Tekan-Tekan

Pilot Shaker Pencil H-245

Korang pernah simpan sesuatu yang sangat precious? aku ade..sebatang pensel tekan-tekan Pilot Shaker Pencil H-245. Aku start guna pensil ni masa form 5 kt MRSM dulu. Warna based adalah merah..Tapi aku tukar2 ngan member aku so ade warne biru & hitam.

dari SPM..Matriks & Degree Sains Komputer..banyak jasa pensil ni berbanding YAMAHA SUKAN aku.hehe…

Pensil ni pernah hilang kat makmal komputer fakulti aku. Masa tu memang rase down giler. sampai rase nak quit amek degree sains komputer..chewaahh..xdela sampai cenggitu skali. mampus aku kena sesah ngan arwah abah aku. alangkan dulu aku nak quit SMKA pn arwah abah aku dah jadi warna hijau..ni belum lagi kalo aku quit degree..huhu..

ok2..sambung pasal pensil ni hilang. selang beberapa minggu aku nampak azril guna pensil yg super duper familiar. aku terus tanya..mana hang dapat pensil ni?..azril jawab..aku jumpa kat makmal komputer..memang sah pensil aku sebab aku kenal bau pensil ni. terus aku amek dari azril yg seolah-olah tak percaya tu pensil aku..haram jadah pny azril liberal.

so sampai sekarang aku stil simpan pensil tu. pernah gak aku hadiah kan pensil camtu kat cikgu ain masa zaman kat U..cube teka reaksi cikgu ain mase tu?!…….

pastu roomate & kawan2 cikgu ain tau yang aku hadiahkan pensil tu kat dia..reaksi dieorang sume cam wow..sweetnye..bagus la pakwe ko kasi pensil ni…bla..bla…boleh concentrate mase belajo..chewaahh…kawan2 & roomate ain pn nak tiru gak mintak pakwe dieorang kasi pensil or pen or pemadam or stationary sebagai hadiah..konon2nya sebagai pemangkin untuk belajar…haha..

THE END.

p/s:kalo korang perasan..belakang gambo moto YAMAHA SUKAN aku tu ade flat motor TAA…tu adalah motor wau wa yang tak laju + lost&found.
Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

YAMAHA SUKAN episode 1

Aku memang pantang kalo tengok moto YAMAHA SUKAN ni. jenis moto ni mmg sangat berjasa kepada aku masa kt UM dulu. Motor ni aku dapat lepas seminggu lebih mendaftarkan diri kt UM. Masa mula-mula dapat motor ni..pergh..siap ade sarang labah-labah antara side-mirror dengan handle motor tu. Aku amek motor ni ngan Acop kt rumah abang aku. Masa mula-mula dapat motor ni..pergh..mencicilan bak kate orang jawa. ke sana ke mari naik motor.

Masa tu memang aku la orang first dalam batch aku kt UM tu ade motor(perasan lebih). Cabuk tak cabuk..yang penting mampu menyusur atas jalanraya. motor ni ada dua peristiwa sadis..eksiden & perlahan(kenapa perlahan?tunggu..).

Lepas dah lebih kurang setahun guna motor ni. Gi kelas naek motor..g exam naek moto..g ronda kL(tak boleh belah motor cabuk ronda kL) naek moto…member2 pn tompang sekaki pinjam motor.

tapi mmg saket hati kalau member dah guna satu hari tak tau nak isi minyak. pernah aku kena beb.mase tu hati tengah berbunga-bunga pas dating ngan cikgu ain kt MV. dengan hati berbunga-bunga aku balik. kt laluan motor kt Federal tu tibe2 brrr…brrrr…sambil pulas2 minyak..

dalam hati aku..motor tip-top awat tibe-tibe mati ni. buka seat, jolok jari masuk tank…sah minyak abeh..terus aku flashback siape last guna motor ni…Din la orang nye..budak sabah “kawan baek” acop & wawa. dieorang satu band.kihkih..sejak dari situ kalo member nak pinjam terus aku sound direct “Sila isi minyak”.

bersambung…

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Windows 7 : Apa yang menarik?

Windows 7 ni jauh lagi bagus dari Vista. Walaupun interface nya similar gitu tapi don’t judge an OS by it’s interface OK.

  1. Action Center – isu2 berkenaan dengan security, troubleshooting & recovery. semua perkara ni telah diletak dalam satu tempat iaitu Action Center. korang xpyh nk pi byk tempat untuk menggodam WIndows 7 tu. Di sini korang boleh dapatkan maintanance & security message. Selain itu boleh melihat informasi performance  & menukar UAC setting dan banyak lagi boleh dilakukan.
  2. ISO Burner – korang xpayah nak susah instal NERO ke atau yg sewaktu dengan nye kalo nak burn cd/dvd.
  3. Problem Steps Recorder – mende ni bagus untuk tech support bagi pengguna Windows. bagus untuk orang2 yang super buta IT. contoh Ali ade problem dengan registry. Abu si pakar IT ni guna PSR ni untuk rekod segala langkah-langkah untuk pergi ke registry & mencari masalah dalam registry tu menggunakan komputer dia. Langkah2 Abu akan tersimpan file MHTML. Abu hanya perlu hantar kepada Ali fail MHTML ni & Ali buka fail tu melalui IE.
  4. Biometric Device Management – Windows terdahulu selalu guna third party punya software untuk berinteraksi dgn finger sensor. skrg dieorg dh wat software dieorg sendiri untuk interaksi dgn finger sensor.
  5. Backup Utility – fungsi die lebih kurang mcm Norton Ghost. fail2 penting korang boleh backup.

Ada banyak lagi feature menarik(nak tau lagi..KLIK SINI) dalam Windows 7 ni berbanding Vista. Aku rasa kalo nk guna bertukar dari XP, better guna Windows 7.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Aku menanti bulan Zulhijjah 1430H

Disebabkan masalah teknikal server.aku tak boleh update semalam. aku berjaya merayakan mak aku dengan kete baru yang keluar sehari sebelum raya…terima kaseh bakal pak mertua(aku abah dah xde..so menumpang kaseh la ngan bakal pak mertua aku ni..hehe)..kampung pun dekat…malam sebelum raya pun xde hal baru nak gerak dari pasir gudang so that nampak syahdu sket..

Kereta baru aku:

Read more »

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Standard Chartered sponsor baju Liverpool + Raya Fact

Akhir nya..Julai 2010 akan ku boleh pakai jersi Liverpool FC untuk berjalan2 tapi rasa gelisah.

Lame siot aku tunggu kejadian ni tp tak selama aku menunggu Lailatul Qadar yg mana aku masih menunggu.

Facts…

Buat pertama kali nya tahun ni baju raya aku ade DUA PASANG..apakah?!..baju raya satu kain hantaran tunang..baju raya dua future in-laws beli kn..well..bakal menantu pertama..biasa la..manja=p haha..

Raya tanpa ABAH..setiap yang hidup pasti akan mati.

Raya dengan S _ _ _ _ _ _ S _ . siapa jawab dengan betul akan mendapat hadiah misteri. Cikgu aiN excluded.

Tiada cuti sambung RAYA. Just cuti pada 1st – 3rd Syawal. Berada dalam keadaan STANDBY di waktu cuti tersebut.kalau kilang called ade problem…makan ketupat rendang dalam PLANT la gamak nye aku.

Sebab tiada cuti..kalau degil untuk cuti..UNPAID leave = gaji bulanan kurang..aku nak kawen siot..fulus2.

future in-laws akan datang beraya..*wink2..

Beraya dengan PETI SEJUK BARU.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilitri.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Lebuhraya Senai – Pasir Gudang – Desaru

Dugaan nya…aaaa…

berkecamuk hati..hati nya sendiri..persoalan nya kini sampai bila mampu ku bertahan..mampu kah ku bertahan..oOooo..

tidak tertera kah dilemma di wajah ku..OOoooo.

di luar nya tenang tapi tuhan saja tahu…

Exit

Direction Senai (Read Up)

Direction Desaru (Read down)

2201

Second Link IC

2202

Senai IC

Plaza Tol Senai

2205

Ulu Tiram IC

Layang Rest and Service Area

Layang Rest and Service Area

2208

Cahaya Baru IC

Jambatan Sungai Johor 1700m

2211

Teluk Sengat IC

Plaza Tol Penawar

2212

Penawar IC

Malam tadi ada berita pasal highway ni. Kalau betul ade exit Teluk Sengat tu..boleh aku ulang alik Felda. Aku baru kerja sebulan lebih kat tempat baru..Datang pulak tawaran jadi lecturer IT kt INSTEDT di Bandar Penawar(tempat pertama aku rantau utk cari ilmu).

Interbiu sudah..Gaji die offer kagi rendah n beza 2 3 ratus gak la tapi kalo dh comfem baru naek 2 3 ratus. tunggu keputussan je. mule-mule tak nak bagitau mak aku pasal ni. tapi tak sampai hati lak aku. pas je cakap kat mak aku. nampak keceriaan terpapar di wajah mak sebab finally ada harapan mak untuk tidak  tinggal berseorangan kt kampung tu. aku ade usha profession lecturer kt institut ni kt GOOGLE dan aku jumpa bekas lecturer INSTEDT. Nama die…firdaus aka amat aka ustad. aku b’sms ngan firdaus ni yg skrg sudah jadi cikgu.

aku: wan rasa macam malas la nk g interbiu INSTEDT tu mak.

mak: cube je la.mane tau dapat.boleh gak wat teman2 mak sorang2 kt kampung tu.

pandangan firdaus membuatkan aku lebih yakin keputusan yg perlu aku ambil. overall rating firdaus utk INSTEDT ni best. walaupun aku tak pernah jumpa firdaus face 2 face tp aku yakin keikhlasan die bagi pandangan.

Masalah aku ni serupa macam AC..bukan AC Mizal..muka je ade iras2..haha..

p/s: Zairi..memang betul la cakap ko..ape yang aku cakap ko betul?…refer balik komen ko dlm blog aku ni.
Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Di-Lemma atau Delima

Delima…

Dah seminggu lebih mak aku lepak kat umah akak aku kt pasir gudang.

Mak aku beli minuman yogurt perisa Delima kt Tesco semalam. Minuman tu sememangnya menjelmakan perasaan Di-Lemma. Rasa minuman yogurt delima tu lak rase die macam obat pn ade.

Kenapa?

Lu pikir la sendiri.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

KERAjaan..sila jangan memperbodohkan diri anda.

Hari ini adalah hari dimana harga minyak RON97 dipremiumkan & harganya dinaikkan 25sen menjadikan harganya RM2.05/liter. Baca tak paper hari ini pasal minyak? sila ke SINI. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan aka Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob aka Pak Mael cakap harga minyak antarabangsa setong USD$82. Ape kepandai la korang ni..Camne leh jadi menteri ni?akai takdak ka? Nak tipu budak tadika Agata boleh la. Harga pasaran minyak pada waktu ketika aku menaip ni adalah USD$70 & harga minyak untuk tahun ni tak pernah jejak USD$80.


RON97 lak tiba-tiba korang isytiharkan sebagai produk premium yg secara tak langsung menaikkan juga harga nya.. haish. Bulan2 puasa ni jangan nak nak menipu pak cik oi. RON92(merah), RON(95)kuning,RON(97)hijau…dah macam trafik light pun ada.

Aku tak tau la nak cakap macam mane lagi. Sudah terang lagi bersuluh.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Berpuasa di KL atau Kampung

Setelah 5 6 7 8 tahun aku tak dapat sahur & berbuka di kampung pada 1 Ramadhan..Akhirnye pada 1 Ramadhan 1430H aku berjaya menamatkan kemarau ni. Felda Air Tawar 5 memang kampung aku sebab aku lahir kt situ. Lame giler beb tak sahur kat kampung tapi kali ni aku sahur ngan mak aku & bibiks merangkap anak sedara aku, Biha & Mira.

Teringat masa puasa kt KL dulu..Biase nye bulan puase adalah bulan paling saving untuk aku. Setengah jam sebelum buka, aku ngan Star dh siap2 untuk berbuka. Berbekalkan moto Wave 100 Star or yamaha sukan aku, start enjin terus lajak samada Masjid Bangsar atau Masjib TNB Bangsar. Tu memang port tempat buka puase terbaek dari ladang bak hang. Sahur wat milo+oat & makan roti 60sen.

Tapi yang paling best ko dpt tgk orang2 pelahap nak mampus mase buka. Kt masjid Bangsar ni mmg ade sorang. Kalo tak caye tanya Star..Aku ngan Star selalu aim mamat ni..haha..Kalo buka tu satu hidang kongsi 4 orang. So bagi la same rata 4 orang..Kalo ko sehidang ngan mamat ni mmg seciput la nasi ko dapat. Yang tak boleh belah tu muke mmg selamber..Tu yang bikin hati panas tapi terus aku beristifar memohon keredhaanNya..hehe..

Aku & Star aim mamat tu sebab kami berdua dah kena..Lepas tu kteorang akan pasti kan kteorang tak sehidang ngan mamat tu sbb takot terkutuk..so better aku & Star menjauhkn diri dari mamat tu. Eksiden mase OTW g buka pun pernah. Mase tu star rider & aku bonceng..cilok punya cilok…tuko lane tuko lane..kt Bangsar..gedegang..moto yg langgo dari belakang aku & star yg terbalik..selamat..baju & seluar masih elok…mintak maaf kt mamat yg langgo tu sbb mmg salah STAR yg tuko lane xusha moto belakang.

Ape2 hal pun selamat menjalan ibadah puasa kepada semua umat Islam akhir zaman.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

« Previous PageNext Page »

FireStats icon Powered by FireStats