Soccer Kids 1-0 Vissel Kobe

Salam.Korang sudah tengok aksi cilik Soccer Kids menentang Vissel Kobe dari Jepun?! Aku nasihatkan baik korang tengok sebab memang berbaloi. Kalo nak tengok aksi budak2 cilik ni scroll lagi bawah. Kalo di jaga betul dieorang ni tidak mustahil bolasepak Malaysia kembali mengaum bak Harimau Malaya seperti zaman Super Mokh dulu. Dribbling & control ball budak2 bawah 12 tahun ni memang bagus. Perlawanan ni berlangsung di Stadium MPPJ. Robert Albert pun ada kat situ melihat perlawanan tu tp KJ aka Timbalan Presiden FAM langsung takde kelibat. Sibuk dengan aktiviti politik b******t dia la tu.WATTA F!!..

soccer-kids.jpg

Apa2 hal pun tahniah buat jurulatih Soccer Kids yang berjaya mendidik budak2 kecik tu bermain bolasepak dengan baik. Harap2 bila dah besar nanti budak2 tu tidak mengikuti jejak langkah pemain2 senior dieorang. Sebenarnya aku baru balik dari temuduga EON Bank. Agak cemerlang aku rasa performance aku masa temuduga tu. Harap2 aku dapat kerja kat situ. Malas nak temuduga banyak2 kali. hehe..Balik je dari temuduga terus aku buka Jobstreet, nak periksa permohonan aku & kerja2 yang baru diiklankan. Aku ada mohon iSetan dekat KLCC, permohonan aku diletak sebagai Under Consideration. ALhamdulillah.

ni link untuk korang menatap kemantapan budak2 Soccer Kids

Part 1

Part 2

Part 3 

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Ahmad Nabil Raja Lawak 2 : Minggu 4

Assalamualaikum wbt.

Lama aku tak post pasal Nabil Raja Lawak ni. Minggu 4 ni Nabil nyanyi, aku tak minat sangat si Nabil ni nyanyi sebab tak sesuai.hehe..

Mempersembahkan Nabilllll…


Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Pemandu Bas

Assalamualaikum wbt.

Bagaimana kehidupan anda seharian selepas harga minyak naik?!..Sama je atau makin sesak?.

Hari ini aku nak cerita  perjalanan aku ke Segamat menaiki pengangkutan awam iaitu bas. Nama syarikat bas yang aku naik ni T************. Waktu memang ditepati, pukul 12 bas terus gerak dari Pudu. Aku duduk sebelah amoi tu tapi aku tak tegur pn. Bukan sombong tapi aku ni bukan yang jenis peramah ditambah dengan sikap pemalu aku ni.hehe..

Aku tengok gaya pemandu bas ni macam tension je. Kerut je muka dia ni. Takde senyum langsung. Tapi pemandu bas ni ada sikap buruk dia. Ada suatu ketika, bas ni turunkan penumpang kat mana ntah,aku dah lupa tapi yang penting bas ni berhenti sebelah surau. Lepas je dia turunkan penumpang tu,dia pun cek la semua penumpang dalam bas dengan berjalan dari depan ke belakang. Kadang2 penumpang ni ada yang bawak makanan ringan atau jajan(bahasa orang Johor) so wujudnya sampah dalam bas. Kebetulan penumpang yang baru turun tadi tinggalkan sampah dieorang dalam plastik.

sampah2.jpg

Pemandu bas ni nampak sampah tu lalu diambil nya sampah itu lalu dicampakkan sampah itu keluar bas. What the hal?!..Dengan muka berkerut,pemandu bas ni meneruskan perjalanan sampai ke Segamat. Selamberjer(syarikat minyak) dia campak sampah tu keluar bas. Dah la dekat ngan surau, takde sivik punya pemandu bas. Hormat la kat rumah Allah tu. Nasib perjalanan aku ke Segamat takde ape2 masalah timbul.

Apa yang aku nak cakap kat sini adalah sikap rakyat Malaysia yang suka membuang sampah di merata tempat dan ini termasuk aku.hehe..Oleh sebab itu, MARILAH KITA MEMBUANG SAMPAH DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA.

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar 

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Harga Minyak Naik Lagi!!!….

Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak tapi harga minyak asik naik je. Berkuatkuasa 5 Jun atau esok, harga minyak naek kepada RM2.70/liter. Malam ni aku tak kire, isi minyak sampai penuh sebab esok start harga baru. Dieorang nak banding harga petrol dengan negara jiran yang xde hasil minyak, realistik la sikit. Korang yang kt atas tu memang tak rase ape2, duit korang banyak sampai tujuh keturunan korang tak payah keje pn boleh hidup.

risingpetrol.gif

Aku ni baru abeh belajar & nak cari keje. Nak keje jauh,mslh minyak lak. Pasni harga barang2 mesti naik. Ntah ape2 la dieorg ni. PETRONAS tu untung billion2, mane pegi duit tu..Buat Wilayah Pembangunan Iskandar kunun yang membuka peluang banyak pekerjaan…nak cover jambatan bengkok yang tak jadi la tu….ASSALAMUALAIKUM..Putrajaya tu belum siap abeh lagi pakcik oi…tp keje ape kalo di tanya, dieorang senyap. Tak ke pelik?!..Kroni2 memang tak rase kesempitan sebab kemewahan dieorg tujuh keturunan belum tentu boleh habis.

Kalau rakyat Malaysia perasan sekarang, banyak iklan2 kt tv dh letak website and iklan promote website. Baru korang tau internet ni memang xde sempadan.haha..Baru sekarang nk lawan blogger2, jemput blogger masuk tv. Bak kata Raja Petra, Amal Ma’ruf, Nahi Mungkar!!!..tu motto blog aku.

Semua orang yang di atas sana(kepimpinan) especially Melayu memang selfish. Memang aku takde bukti untuk membuktikan semua kekorupan mereka dalam dunia fana ni sebab mereka2 yang korup ni sangat2 berkuasa sehingga mereka lupa ada lagi yg BERKUASA dari mereka. Nanti kat Padang Mashyar, memang siap mereka2 ni. Biar yang BERKUASA je balas penganiayaan mereka2 ni.

Nampak gaye naek pengangkutan awam je la cmni. Yamaha Sukan aku nampak gaya makin barai.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Lama Tak Post

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak post dalam blog ni. Akhirnya, grade gak aku tahun ni dengan keputusan yang pertama kali membanggakan untuk diri aku. Sepanjang empat tahun belajar, macam2 result exam aku dapat..tahun 4 semester 2 ni baru aku rase nikmat pointer 3.00++.

Sungguh bijak aku…hihi..tak sia2 aku struggle semester terakhir aku kt UM ni. Sekarang ni ngah concentrate kt EURO2008 lak..haha..kang tak memasal g keje lambat kalo aku nk keje mase EURO2008 ni. Aku dh lepaskan satu interview sbb ia jauh..kat Klang. Aku pk2 balik, moto Yamaha Sukan aku ni dh agak uzur & boleh gerak dkt2 je..Tak kan aku nk pinjam moto Star kot. Jeles ar moto aku.

EURO2008 aku sokong Spain sbb aku suke Torres. Kalo tak aku sokong Jerman atau Itali.

1torres.jpg

Hidup bola, minum bola, makan bola tapi jangan minum CocaCola!!..

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

TAG : Watak Kartun Kegemaran

Salam..aku dh kne tag 2 kali ngan Star. Yg first tu pn aku lom wat.huhu..di sebabkan aku dh abeh exam selama-lamenye. Insyallah.aku akan balas. Musim btol la demam menge’TAG’ ni.hehe..

Berikut adalah syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi jika anda kena TAG.

1. Hanya berikan satu watak cartoon kegemaran korang, walaupun aku tau korang suka banyak cartoon… Ye la, dulu kecik-kecik mesti korang nak jadi Spider-man la, X-Men la, Superman la, Usop Sontorian la :P Tak kisah la, watak cartoon apa pun yang korang suka aku cuma nak korang beri satu saje.

2. Ceritakan secara ringkas, apa yang korang nak buat kalau korang ada kekuatan, atau kuasa, atau” power”, atau apa saje kelebihan yang ada pada ”hero” kegemaran korang tu. Korang boleh ambil contoh yang aku berikan nanti, tapi kalau boleh ceritakan lain dari yang lain, yang datang dari hati korang sendiri… :D

3. TAG balik kepada 5 orang rakan-rakan blog korang, ingat lima saje! Kenapa lima? ikut suka hati aku la… :P

Thundercats

Citer ni memang pujaan aku mase kecik2. Tengok je kucing rase cam nk jadi THUNDERCATS je. Kartun ni sebaye ngan aku. Keluar pada tahun aku lahir. Name hero die yg pegang pedang tu, Lion-O. Die kalo agak2 dh nk kalah lawan jahat, mule la terjerit2 Thunder!Thunder!Thundercats..hoooo…sambil pedang die memanjang dan sambil memancarkan lambang ThunderCats. Orang jahat dalam kartun ni, Mumm-Ra. Cam emak je bunyi die. Mummy la..

Moral dalam kartun ni:

  1. Baek senantiase mengatasi jahat.
  2. Sayangi kucing anda, kalo tak dieorg panggil thundercats.
  3. Bersatu teguh bercerai roboh.

Aku nak tag:

  1. Acop : mber aku sejak skolah menengah rendah
  2. Emme : orang pertame bagi komen kt blog aku bulan ni
  3. Din : manusia yg belajar kt tmpt aku belajar..dok kt kolej aku dok tp tak penah jmp.
  4. Jebeng : mber sepengajian aku & team bola 8th kolej..p/s: aku maen striker mase kt 8.
  5. Fatihah : antara manusia terawal ajar aku blogging.

kalo dh kene tag..paham2 je la..hehe..

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Minum Air Suam/Panas Lepas Makan

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

heart.gif

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Sejadah Hi-Tech

Salam..korang kalo solat pkai sejadah x?!..korang pasti korang punye kiblat btol?!..kalo tak pasti aku syor kan beli sejadah bawah ni..confirm ngadap kiblat tp lom tentu confirm masuk syurga tau..hehe..tu Allah je yg tentu kan ok..ingat solat tu tiang agama..

sejadah1.jpeg

sejadah2.jpeg

sejadah3.jpeg

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

kafir_laknat.jpg

ini gambar kemenangan Lina Joy laknatullah..die kt blkg sekali.

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia ..
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, ‘Hang nak ikut ugama apa?’…Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di’tiada’ kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?…Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? …lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?…Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?…Depa kata kat
Mufti Perak, ‘Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!’…Datuk Harussani balas dalam majalah ‘Millenium Muslim‘,
katanya, ‘Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!’…
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: ‘Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-’Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.

p/s: mende ni dh lame tp aku nk post gak!!kt berita xde kuar pn..GERAM.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon

Ape tu nombor IMEI?

Salam..lame tak post..korang tau IMEI? kalo korang ade handset mahal mesti korang kene hafal no ni untuk keselamatan just in case kalo handset mahal korang tu hilang.

Tak tau cmne gune die?!..korang tak payah tau sbb Malaysia takde lagi teknologi tu sbb tu kt Malaysia ni byk hp hilang, lagi byk dari kanak2 hilang. Kalo korang tak caye cek la.hehe..

nokia-n95.jpg

Kt UK mende ni dh implement dah. Gune die ialah simkad ngan nombor emei handset tu di match kn so kalo korang try gne sim laen dlm handset tu, xleh pakai la jwb nye. selain tu kalo handset tu hilang, korang buat report dan boleh block handset tu. Walaupun pencuri tu still gne handset + simcard yg dh di match ngan IMEI nombor, syarikat telekomunikasi leh je block.

Paling awal kt Malaysia implement teknologi ni ialah bulan Jun 2008 ni. Tak tau la betul tak, korang paham2 la Malaysia ni birokrasi die cam haram. Daftar syarikat pn makan mase. So sape2 yg hilang handset sblm bulan Jun ni, hi hi bye bye la kt handset korang tu. Kalo nk sgt jumpe bomoh.hehe..

salam muhibbah… 

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • StumbleUpon
Pages (6): « 1 2 [3] 4 5 6 »